Katak ialah sejenis haiwan
amfibia dalam susunan
Anura (bermaksud "tidak berekor", dari
bahasa Greek:
an-, tanpa +
oura, ekor), dahulunya digelar
Salientia (
bahasa Latin saltare, "melompat"). Katak dewasa bercirikan kaki belakang yang panjang, badan yang pendek, jari berselaput,
mata jongang dan ketiadaan
ekor. Kebanyakan katak menjalani hidup mata jongang, tetapi juga mudah bergerak di daratan dengan melompat atau memanjat. Katak biasanya ber
telur di lopak,
kolam atau
tasik; dan
larvanya, iaitu
berudu, ber
insang dan bertumbuh dalam
air. Katak dewasa merupakan haiwan
maging yang gemar memakan haiwan
artropod (terutamanya
serangga),
annelid dan
gastropod. Katak paling dikenali dengan bunyi menguaknya yang boleh kedengaran tanpa kira siang atau malam, terutamanya ketik

a
musim mengawan.
Katak boleh didapati dari kawasan tropika ke subartik, tetapi kebanyakan spesis katak terdapat di hutan hujan tropika. Katak merupakan antara kumpulan vertebrata yang paling banyak kepelbagaian, merangkumi lebih 5,000 spesis yang dikenali. Namun begitu, populasi spesis katak tertentu kian merosot.
Katak dan kodok sering dibezakan berdasarkan wajahnya yang disebabkan penyesuaian yang tertumpu kepada persekitaran kering di kalangan haiwan yang bergelar kodok; bagaimanapun, pembezaan ini tiada dasar taksonominya. Satu-satunya famili yang diberi nama am "kodok" secara eksklusif ialah Bufonidae, tetapi banyak spesis dari famili lain turut dipanggil "kodok," dan spesis di bawah genus kodok Atelopus digelar "katak badut" (harlequin frogs).
1 komentar:
Akhirnya Jd Juga Posting Pertama....
HAHAHAHAAHAHAAH.....
Posting Komentar